Blog ini terhasil daripada kerjasama kumpulan guru-guru yang membuat tugasan bagi subjek Pengajaran Literasi Jawi : Membaca dan Menulis( EBK 3253 ).Semoga paparan di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Sekian Terima Kasih.
29 April 2014
Huruf-huruf Jawi telah wujud di kepulauan Melayu
sejak berkurun lamanya. Ia disepadukan dengan satu ikatan kuat dengan
tulisan Arab, yang mendatangi jalannya ke kepulauan Melayu bersama-sama
dengan Islam yang disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah Muslim
dari Arab, India dan China sekitar abad ke-7.
Terdahulu daripada tulisan Arab, bangsa Melayu menggunakan tulisan rencong yang ditulis pada batang buluh dan daun-daun. Ini kemudiannya disusuli dengan penggunaan tulisan kawi dan palava, kedua-duanya berasal dari India.
Dengan kedatangan Islam, orang-orang Melayu cuba menggunakan aksara palava atau kawi
untuk menulis berkenaan Islam namun kedua-duanya tidak sesuai kerana ia
tidak dapat membunyikan rangkap-rangkap Al-Quran dan Hadis dengan
betul.